00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Kariah Cak Pong

Kariah Cak Pong

  • TV-G
  • 2019
  • 1 Season
  • Drama
SubtitlesMalayStarringShamsul Ghau GhauKazar SaisiRazak AhmadHanna AqeelaKuna MuzaniAmyza AznanFeiyna TajuddinZee ZainalAcap JamaludinFaez NickZahirDai DanialKamalFerth JasniAmelinaSissy ImannAmar AsyrafChef ZamAbilIlman SaldiDirectorShuhaimi Lua Abdullah
Mengisahkan Pak Nan selaku AJK Surau kampung bersama Pak Non dan Pak Nin yang bersungguh untuk mengimarahkan surau kampung itu yang suram. Mereka berdepan pelbagai cabaran dari pelbagai pihak termasuk orang kampung. Keadaan semakin rumit bila Pak Nan disingkirkan dari barisan AJK kerana terlibat pelbagai gosip merepek yang mencemarkan nama surau. Antaranya gosip cinta dengan Mak Njang Tiara, bekas kekasih masa muda. Diikuti pula dengan Shuhaza gadis muda yang cantik seterusnya Mak ndak Bella bekas ratu keroncong yang baru berhijrah. Kerana itu juga rumahtangganya juga menjadi huru hara....
Season 1

18 Episodes
Episode 1
1. Episode 1
Pak Nan bersama Pak Nin dan Pak Non berjaya mendapat tajaan makanan mewah dan surau mula penuh. Haji Faiz orang kaya kampung itu mula dipuji melambung kerana disangka menaja juadah namun hakikat Lebai Shukri seorang buruh binaan yang menderma menggunakan simpanannya....
Episode 2
2. Episode 2
Tender menyediakan juadah setiap selepas kuliah maghrib dan setiap pagi selepas kuliah subuh dibuka. Pak Nan dihampiri peniaga perempuan yang muda cantik,peniaga yang miskin susah dan peniaga yang pernah viral masuk tv....
Episode 3
3. Episode 3
Program tadarus bimbingan ustaz Rudy bermula namun terencat dengan adanya Mansor dan Idris yang buta alquran dan tidak tahu apa itu tadarus kerana sangkaan mereka tadarus itu seperti nasyid atau marhaban....
Episode 4
4. Episode 4
Kepulangan Hazim syukur sebagai finalis Da’i ke ke kampung itu disambung meriah. Kemudian diikuti kepulang Rokiah dari sekolah tunas bakti. Rokiah memang terkenal gadis seksi dan liar kini berhijrah sepenuhnya mula mendekati Hazim....
Episode 5
5. Episode 5
Riuh gosip Pak Nan dengan Mak Njang Tiara hanya kerana menumpangkan dari pekan. Pak Nan buat tidak peduli biarpun Mak Shidah nampak lain macam. Pak Nan mahu fokus program rakaman live di surau kampung itu. Beriuh lagi berebut tapak niaga dalam masjid....
Episode 6
6. Episode 6
Shuhaza pulang ke kampung itu rumah neneknya setelah kecewa Jusoh berkahwin artis nasyid. Kampung itu malu besar semasa program live kerana orang kampung buat hal teruja masa live. Ditambah lagi cirit birit serius sekampung sehingga viral dimedia sosial kerana melibatkan personaliti tv....
Episode 7
7. Episode 7
Jusoh umumkan perkahwinannya dengan artis nasyid. Kuih Shuhaza juga mula mendapat sambutan di masjid. Wahab ditamatkan kontraknya tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan. Tender baru dibuka dan Pak Nan diketepikan....
Episode 8
8. Episode 8
Shuhaza dikecam teruk kerana postnya di facebook throwback gambar lamanya yang tidak bertudung, terutamanya dari geng mak cik lampir. Pak Nan menulis surat nasihat 20 muka surat penuh syahdu puitis untuk Shuhaza kerana semua media sosial ditutup. Shuhaza insaf membaca surat itu Mansor dan Idris mula membandingkan Pak Nan dengan AJK Masjid lain....
Episode 9
9. Episode 9
Surat Pak Nan kepada Shuhaza menjadi viral setelah Shuhaza share petikan surat itu setelah mengaktifkan semula akaun media sosialnya. Pak Nan beriuh dengan Mak Shidah dan isu ini ditambah pula riuh kerana Pak Nan menghadiahkan tudung pada Shuhaza. Mansor dan Idris yang mengetahui perkara itu mahu kembali solat di masjid kampung itu namun segan dengan Pak Nan....
Episode 10
10. Episode 10
Riuh lagi Shuhaza insaf mahu berhijrah sepenuhnya. Pak Nan berjanji akan cuba mencarikan jodoh terbaik untuk Shuhaza. Mak Shidah buat perangai mahu pergi tinggal dengan anak-anak Mek Siah mula dan menghasut....
Episode 11
11. Episode 11
Pak Nan tanpa berbincang memberi tapak niaga kepada Izrail yang baru dikenalinya kerana kesian. Ianya menjadi isu penduduk kampung kerana dia orang luar. Pak Non mula naik berang dan Pak Nin tersepit. Ditambah pula ada peniaga yang dibuang kerana ingkar arahan pengurusan iaitu tidak naik solat dan bising menjual seperti pasar borong ketika kuliah maghrib....
Episode 12
12. Episode 12
Gotong royong membersihkan jalan kampung dan surau diadakan kerana ancaman denggi. Muslimah ditugaskan menyediakan juadah. Shuhaza sengaja mencari Pak Nan menghantar air dan menolongnya lap peluh. Viral pulak lagi jadi isu Pak Nan beromantik dengan Shuhaza....
Episode 13
13. Episode 13
Peniaga yang dibuang merungut geram dengan Pak Non. Pak Non bergaduh dengan Pak Nan kerana pemberian tapak niaga kepada Izrail tanpa berbincang. Mak ndak Bella pulang juga ke kampung itu dan mula rajin ke masjid kemudian gambar bertudung mohon netizen doakan agar diberikan kekuatan untuk terus bertudung, namun dikecam teruk netizen...
Episode 14
14. Episode 14
Mak ndak Bella rasa down lalu up status mahu kembali jadi artis keroncong. Daud dan Murad mendesak Pak Nan membuat surat nasihat macam teks khutbat untuk Mak ndak Bella sepertimana dibuat untuk Shuhaza dulu....
Episode 15
15. Episode 15
Murad menangkap Mek Siah di dapur lalu tuduh Mek Siah santau. Riuh Mek Siah main santau sehingga warungnya suram. Mak ndak Bella bersungguh mengorat Pak Nan namun dibuat tak layan....
Episode 16
16. Episode 16
Riuh berita Pak Nan disingkirkan dari barisan ajk masjid. Shuhaza up status back up Pak Nan. Pak Nan tetap meneruskan kerja dakwahnya ajak orang ke masjid. Karnival masjid bakal berlangsung lagi. Pak Non dengan Pak Nin kelam kabut tanpa Pak Nan. Pening Pak Nan dengan Mak ndak Bella dan Shuhaza ditambah pula riuh cerita Mek Siah konon Mak Njang Tiara masih ada cinta dengan Pak Nan...
Episode 17
17. Episode 17
Mak Shidah mengamuk sakan di twitter geram dengan Shuhaza dan Mak ndak Bella. Hadir beberapa ustaz baru masih muda ikut giliran sampaikan kuliah atas pilihan Pak Nan dulu. Haji Faiz umumkan taja 4 ekor kambing golek dan seekor lembu untuk majlis khatam namun ditipu beli online kemudian beli pula secara terus namun dicuri Dai. Hazim menegur mengenai keikhlasan....
Episode 18
18. Episode 18
Dalam beberapa orang ustaz. Ustaz Salleh menjadi pilihan Shuhaza. Pak Nan harap Shuhaza jadi dengan ustaz Salleh maka selamatlah dirinya. Shuhaza mula mendekati ustaz Salleh atas nasihat Pak Nan. Mek Siah berjanji akan tolong Mak ndak Bella dengan ilmu pengasih. Shuhaza kecewa bila ustaz Salleh bakal berkahwin dengan pilihan keluarga...